On 02 December, 2012, At 5:54 am, Anonymous sent this message :
u
Rojak
Assalamualaikum ! haha . tajuk post nie 'Rojak' sebab .... kau baca nanti kau tahu lah kenapa . okay aku memang bajet konon ramai orang baca blog aku yang hampeh lagi hambar nie . eh suka hati lah . haha . actually tak rojak mana pun . cuma ada banyak cerita . tu je . booo sama aku :P

First story

Malam tadi ketika aku sedang lepak lepak bersama adikku Kimi pada jam 1 pagi di dalam kamar kesayangan aku , kami diganggu dengan bunyi yang aneh . *pehal dramatik sangat ayat nie?* bunyi bising . pastu bunyi cam orang lari kat atas siling . kami sangat cuak dan kami pun tidur dalam bilik Ma . huuuu . Ma kata tu tikus . Annisa pulak kata tu musang . tapi ..... hmmmm entahlah . apa pun , aku banyakkan berdoa di setiap solatku supaya Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga daripada apa-apa perkara yang tidak diingini . in sha Allah . semoga Allah mendengar rintihan hambaNya yang dalam ketakutan ini . Aamiiin .



Second story

Aku rindu kawan-kawan aku . especially Sheera , Annisa dan Sabrina . dah sebulan tak jumpa mereka . hmmmm . tadi masa balik dari pasar malam , lalu depan Surau Taman Jasmin , nampak Annisa kat depan surau tu . dia baru balik dari kem di Tanjung Malim , Perak . aku lambai kat dia dengan penuh semangat . haha . rindu dia . nak lepak dengan dia lagi macam hari tu tapi buat masa nie aku takkan keluar rumah . masih takut . hmmm . btw , Sheera nie manaaaaaaa . kata nak on pukul 9 or 9.30~ sekarang dah pukul berapaaaaaa . haiiiiiih . aku call tak angkat !!! >.<'

Third Story

To awak *hulur cili* siapa rasa pedas nanti haaaa untuk awak lah tu . awak , kenapa awak dah lain ? hmmm . saya tahu awak dah ada ramai kawan sekarang tapi saya rasa orang lain ada lagi ramai kawan daripada awak . mereka takda pulak lupa kawan lama mereka yang pernah tolong mereka , selalu ada untuk mereka . hmmm . saya tak tahu nak buat apa . saya kecewa . dulu masa orang tak kenal awak lagi , awak jual nama saya kat senior-senior awak . sekarang awak lupa diri ? saya tak nak tuduh . nanti kang berdosa pula . saya just nak awak tahu yang saya tak pernah lupa kat awak . malah saya mengharapkan awak sedar diri .

Saya pernah terfikir nak putus kawan dengan awak tapi tak bagus bukan memutuskan tali silaturrahim ? jadi apa lagi yang mampu saya buat ? sabar . itu sahaja .although kita nie kawan je tapi awak antara 'orang tua' yang terawal saya kenal ('orang tua' yang tak sama sekolah dengan saya dulu) . awak pernah kata yang awak nak kawan dengan saya sampai bila-bila . sekarang mana janji manis awak tu ? huh ? haih . saya harap awak sedar . saya selalu berdoa agar awak sedar diri .

Assalamualaikum .





once
upon
a
time
p
Hi . I love music, food,
Wifi and things that you just don't want to do .
"If you don't build your dreams,
someone will hire you to help
build theirs" - Tony Gaskin

Theme Credits : 9 ; :